Ruhna Ila Syajarah.

4 Mac 2011..
Hari Jumaat..
Cuaca agak terang dan panas hari ini..

Bismillah Walhamdulillah...

11.00 pagi...
Selepas bersarapan  nasi goreng,kami sekeluarga menaiki teksi  menuju ke stesen bas.Di stesen bas , kami menaiki coaster ( bas pendek) menuju ke Syajarah.

Syajarah merupakan sebuah perkampungan yang amat cantik dan tenang.Kami pernah tinggal selama sbulan ketika Ramadhan lepas.Kawan abi.Zoubi yang ajak tinggal di sana dan mencari ilmu di sana.Anak2 juga gembira tinggal di sana ..dapat kawan baru...Indah dan menarik pengalaman tinggal di sana selama lebih kurang sebukan..

Dan hari ini kami pergi menziarahi keluarga Zoubi....
Dalam perjalanan sampai ke sana..pelbagai ragam manusia bangsa arab nih.Ada yang educated yang kekampungan semuanya ada...

Tinggal kita sahaja yang mengambil iktibar dari setiap apa yang kita lihat dan lalui dalam kehidupan kita.

Antara yang menarik perhatian...
- Ada seorang pemuda arab merokok dalm bas...pakcik kat depan tak berapa selesa dengan bau asap rokok tersebut,dan dia minta pemuda tersebut membuka tingkap.Lantas pemuda tersebut terus membuang baki separuh rokok yang ada di tangannya...
- Ada seorang kanak2 lelaki naik bas dengan membawa basikal kecik yang tayar belakangnya sudah tiada.Sepertinya dibel;i di suatu kawasan lelongan.Pakaiannya juga seperti budak kampung..Terfikir..untuk apakah basikal yang sudah rosak itu untuk dia...mungkin tidak berguna pada kita..tapi mungkin berguna pada orang lain...susuk tubuhnya juga membayangkan kehidupannya yang agak susah...tapi mungkin hidupnya saja yang susah,..hatinya tenang..
-Seorang wanita arab memakai niqob (purdah) naik bersam suaminya dan anaknya.Suaminya turun dipertengahan jalan...dan tempat di sebelahnya kosong..tiada lelaki arab yang berani duduk di sebelahnya walaupun beberapa lelaki arab ada yang berdiri...menghormati wanita tersebut...
-Sebuah keluarga arab naik bersama anaknya..ketika itu azan sudah berkumandang di masjid..mereka turun di tepi jalan..untuk rehlah dan bersantai2 di situ...terfikir..tak solat jumaat ker lelaki arab nih..hmm..


12.00 thari..
kami sampai di Syajarah.Alhamdulillah..singgah membeli aiskrim dulu..ole2 untuk keluarga mereka.Kami disambut dengan penuh mesra sekali.MUla2 agak kekok nak berbahasa arab dan memulakan perbualan,namun alhamdulillah..lama2 oklah sikit.

Kami dihidangkan dengan nasi mansaf..sedapnya....

abg faseh dalam coaster menuju syajarah..

buah2an dan sayur2an dijual ditepi2 jalan..

buuzoh(aiskrim)...mengidam dah lama nak makan nih..

Kak Jannah di hadapan kedai buuzoh.

inilah mansaf...dimakan dengan laban(susu)

3.00 petang.
Bersantai di sutuh( kawsan paling atas bangunan rumah).Anak2 leka bermain sambil kaum ibu menikmati 'asir(jus) ....Subhanallah..sungguh segar udara di sini...Setelah anak puas bermain,dihidangkan pula buuzoh(aiskrim)..apalagi anak2 ummi ..suka sangatlah.Dah lama tak makan aiskrim..memandangkan musim sejuk.dan sekarang..sudah keluar matahari..sudah agak panas dan musim bunga dan musim panas akan menjelma...
pemandangan dari atas...kelihatan pokok anggur yang 'mati sementara' di musim sejuk,musim panas nanti dia akan hidup semula..Subhanallah..ajaib sungguh ciptaan Allah..

Faseh merenung memerhatikan indahnya suasana..segarnya udara di sini..bersama Rukun di sebelahnya..

matahari muncul dan panas..namun angin2 sejuk masih ada lagi...

Rasyel..anak yang ke3...

Bangunan di sebelah menyebelah...

sedapnya aiskrimm..

Faseh makan 2kon aiskrim..

bermain pistol dan lempar2 tayar..


4.30 petang....
Sebelum balik,kami dihidangkan kuih halawiyah..kenyang sangat...Kami dihantar balik oleh tuan rumah .Melalui kawasan kebun2 zaitun ..Subhanallah..ramainya keluarga berehlah dan bersantai2 bersama keluarga masing2..Indah sungguh pemandangan tersebut....

"ummi,faseh nak balik rumah kita kat syajarah"
"jannah suka duduk di syajarah...."
faqehpun suka.."

halawiyah..yang sedap.
Kami diberi ole2 kuih ini ...Alhamdulillah..rezeki..


bersantai berehlah bersama keluarga di kebun2 zaitun..indah sungguh pemandangan di sini.Tak berkesempatan mengambil gambar dari sudut yang menarik.Inipun dari kereta yang sedang bergerak.

5.45 ..
sampai di Irbid..alhamdulillah....Faseh sudah kepenatan...tertidur dlm kereta.
Setelah solat maghrib...
jiran bawah kami yang merupakan pasangan suami isteri datang membawa juadah makanan...
Ayam goreng karshak!!!!!bestnyer..kuih muihpun ada..
rezeki berukhuwah sbnrnya...Alhamdulillah...

dan sekarang ...10.45 mlm...
ummi tengah menaip di laptop abi..
abi sdah tertidur kepenatan..
jannah dan faqeh juga,,,
hanya tinggal faseh tengah menggodek2 laptop ummi..
dia dh tidur sekejap dlm kereta tadi,lmbatlh pulak tidurnya..

oklah ummi oun dah mengantuk ..gambar tak sempat upload lgi..
Alhamdulillah..dah selamat mengupload gambar2..
selamat malam...


0 comments:

Post a Comment