Catatan untuk Mak Adah.

Bismillah Walhamdulillah..

15 Mac 2011.
Hari Selasa yang agak sejuk.Sembahyang subuh dengan dipasang sobah.Tak tahan sejuknya.Abi seawal 4 pagi sudah ke masjid.Solat dan study terus.Esok abi ada imtihan.
Anak2 bangun agak lewat..mungkin cuaca sejuk hari ini.Hari ni ummi rebus jagung jer.Anak2 suka sangat jagung manis nih.Habis licin dimakannya.Malah tidak cukup bagi Faqeh yang amat sukakannya…

10 pagi.
Abi ke jamiah.Ummi membasuh baju dan mengemas rumah.Sejuk juga hari ini.Biasanya ummi basuh baju hujung minggu,tapi memandangkan stok baju sudah banyak,ummi basuh juga hari ini.Lauk nasi sudah dimasak sewal mungkin.Hari ni goreng daging blackpaper untuk abi dan sup daging batoto untuk anak2.Faseh suka sangat batoto.

Tengahari.
Faqeh balik,menjerit2 kat bawah.PIntu di bawah terkunci.Biasanya Faseh yang tolong bukakan,tapi hari ni dia tidur.Alhamdulillah ada syabab yang masuk.Imarah kami ,Alhamdulillah..hanya yang ada kunci pintu jer yang boleh masuk.Biasanya anak2 ummi akan dikerah buka pintu dari dalam sekiranya ada tetamu yang bertandang ke rumah kami.

Sebelum ini tiada kunci di pintu tersebut,macam2 orang datang.Ada seorang perempuan arab tuh,memang setiap bulan datang minta duit.
‘Ana miskin..ma fi fulus-aku miskin,tak ada duit’
Ummi buat tak layan jer.Tapi memang setiap bulan dia datang.Dia cakap dia ada anak nak beli susu dan keperluan rumah.Hentahlah…tak tahu betul ker tidak kata2nya.Di sini memang ada budaya,isteri keluar mencari nafkah,suami duduk goyang kaki di rumah.Pelik2…

Kak Jannah balik dalam keadaan menangis…Rupanya setelah turun dari bas,dia terlanggar batu di depan imarah kami.Dia tak nampak batu tuh.Sudahnya lutut dia sakit.Ummi letak minyak afiat…menangis dia.Kesian pulak.Ala..sikit jer kak jannah.kak jannahkan kuat…Disuruhnya balut menggunakan tisu dan disalotape.Macam2 kak jannah nih.

kesedihan..tapi gembira sebab dapat sticker kat dahi..cikgu beri sebab dia siap kerja cepat!


Jannah tak nampak batu kat depan tuh..lagipun beg sekolah berat sangat..

adoi..sakitnya..ala sikit jer kak jannah..


Petang.
Bunyi bising mesin pemotong pokok menarik perhatian anak2 ummi.Rupanya jiran sebelah rumah kami menebang semua pokok2 di rumahnya.Ya Allah..sayangnya..sedih tengok pokok2 ditebang.Semuanya ditebang.Setiap hari ummi memandang perkembangan pokok2 ini.Musim luruhnya,musim bunganya dan musim buahnya.Sekarang,semuanya sudah tiada…

semua pokok ditebang..

hanya tinggal kenangan..

ummi pulak yang sedih ..sayu jer tengok..poko2 ni dah tiada..

Ummi menukar template blog ummi ini.Ruangnya kecik di bahagian kanan.Ummi adjust di settingnya.Last2 jadi pelik blog ummi nih.Akhirnya,ummi ambik keputusan tukar template lain.Nampak macam ok.Tapi kalu tak ok,akan ummi tukar lagi.Hish..suka sangat tukar2 template nih….

Tengok video nasyid lafaz sakinah.Amat menyentuh kalbu..Luruh airmata dihayati segala bait2 kata tersebut.Di sini ummi letakkan video dan  liriknya.



Saat Lafaz Sakinah

Album : Halawatul Iman II
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Juga sebenarnya dituju kepada adik ummi,Mak Adah yang akan menjadi isteri orang bulan 5 nanti.Sedih juga tak dapat balik.Nak balik camana..ummi due masa tuh.Insya Allah due ummi 29.5.2011.Doakan dipermudahkan urusan yer.
Untuk Mak Adahnya..selamat membuat persiapan mental dan fizikal yer..jasmani dan rohani..semuanya kena mantaaaaaaaaaaaaap gitu.
Yerlah nak jadi isteri seorang hafiz ni..memang besar cabarannya…

Malam…
Ummi tasmi’ Hafazan hadith jannah.Faqeh duk sibuk main dam jalan raya dia.Teringat dulu masa kecik2 main dam ular…main dengan adik beradik.Time dapat naik tangga suka sangat,time kena makan ular..kena turun balik..rasa tensen time tuh.Tapi itulah kehidupan kita ni ..ada turun naiknya..ada susah senangnya.

Faqeh suka sangat main...kor nya..dinosor Faseh.
Dinosor yang hujung tak boleh berdiri, nak jatuh!

sejuk juga malam ni..sobah dipasang sekejap.

buah dadu tak ada..ummi buat pakai pemadam.oklah tuh..kecik jer..
Dinosor yang hujung terus tergolek jatuh!^__^



Dan sekarang..9.45 malam.
Yang lain semuanya sudah tidur,tinggal faseh sorang jer belum tidur.Tengah main puzzle.Dia dah banyak tidur siang tadi,lambat sikitlah tidur malam ni.Abi ada imtihan esok.kena study betul2 nih.


Ummi dalam proses membaca dan menghadam buku ‘Pendidikan Anak2 Dalam Islam’
karya Abdullah Nasih Ulwan.
(Mak Adah perlu baca buku nih..)
Bahagian pertama mengenai ‘Perkahwinan Misali dan pertaliannya dengan pendidikan’
Sungguh ummi kagumi hasil karya ulamak terkenal ini.
Subhanallah..ulasannya memang cukup padat dan menyentuh kalbu.
Bahasanya juga,Masya Allah…

Antara yang dibincangkan ialah:
1.Perkahwinan itu adalah fitrah kemanusiaan.
2.Perkahwinan itu adalah maslahat kemasyarakatan.
3.Perkahwinan itu adalah pensucian dan pilihan.

Dan dihuraikan mengenai ‘perkahwinan itu adalah pensucian dan pilihan’.
a) Pemilihan atas asas agama.
b) Pemilihan atas dasar keturunan dan kehormatan.
c) Berkahwin dengan wanita asing-maksudnya bukan saudara mara.
d) Mengutamakan berkahwin dengan sidara.
e) Mengutamakan berkahwin dengan wanita yang banyak anak.
Di antara petunjuk2 Islamdalam memilih isteri,ialah memilih isteri yang boleh beranak banyak,
dan ini dapat dikesan dengan 2 tanda:
1- Tubuh badan wanita itu tidak berpenyakit,yang boleh menghalang mengandung.
2- Melihat kepada keadaan ibunya,dan keadaan adik beradik yang perempuanyang sudah berkahwin,jika sekiranya mereka mempunyai anak yang banyak,maka biasanya dia juga sama.

Pada kebiasaanya dari segi ilmu kedoktoran,seseorang yang boelh beranak banyak itu,tubuh badannya sihat dan kuat,tidak berpenyakit.Wanita yang mempunyai sifat-sifat ini biasanya dapat menjalankan tugas –tugas rumahtangga , mendidik anak2 dengan baik,serta melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan cukup sempurna dan memuaskan.

*Rujukan:Buku Pendidikan Anak2 Dalam Islam.m/s: 55.

Oklah rasanya setakat ini dulu yang boleh ummi kongsikan.Nanti ada masa ummi sambung lagi tentang isi2 yang menarik dalam buku ini.Dicadangkan kepada yang ingin mendirikan rumahtangga dan bakal2 ibu,malah ibubapa2 membaca dan menghadam buku ini dengan sebaiknya.Terlalu banyak mutiara2 ilmu pendidikan yang dapat diaplikasikan.Insya Allah..doakan ummi juga mampu mendidik anak2 ummi sebaik mungkin…
Selamat malam..Faseh..jom kita tidur!!!
Yang dalam perut ni pula makin aktif menendang2 sekarang nih..Tengah main bola yer sayang…Takper nanti dah keluar..ada jer 2 orang abang ni yang akan main bersama.Jangan risau..jangan takut kena buli yer sayang ummi nih.
Jom kita tidur sama2 yer…
Nak tendang2 ..esok kita sambung yer sayang!!!!

2 comments:

ummiluqman@azma said...

salam ummifaqeh..lama dah kak ma tak bertandang di sini. harap semua sihat.. wah tak sangka dah ada blog baru pula.. blog ni sambungan ke

ummu faqeh said...

wslm..kak ma..lamanya tak dgr berita..terimakasih sudi datang sini...sajer jer buat blog baru nih..versi diari gituh..nnt dah tua boleh baca..hehe..blog sambunganlah kiranya nih..
nanti balik msia..ada rezki..boleh kita jumpa..amin!

Post a Comment