Jannah nak baby girl!

3 Mac 2011.

6.30 pagi...
Hari ni menu untuk anak2 ummi sebelum ke sekolah...pizza stail arab...abang faqeh tak minat,dia makan nasi dengan sup semalam.Itu yang dia minat.Pizza dibawa ke sekolah untuk abang faqeh kerana ada "Iftar jamaie"-sarapan beramai2....sarapan bersama kawan2 sekelas.Bagus sistem sekolah kat sini..ada jer masa untuk pergi rehlah ke mana2 tempat menarik.Sekolah mempunyai bas sendiri..hanya upah driver sahaja.Jadi,untuk ke mana2..mudah urusan.

8.00 pagi.
Kami ke Klinik swasta Lina Halouboni untuk muroja'ah ( rutin bulanan) cek mengandung ummi.Setiap kali pergi,dikenakan bayaran 5JD (RM25)....2bulan sekali dikehendaki mengambil ujian air kencing dan darah yang dikenakan bayaran 12JD (RM60).

abi khusyuk membaca..mainan kereta abg faseh tergolek..majalah ummipun ada..

alhamdulillah..baby boy lagi kali nih.Tak kisah,janji sihat dan selamat!amin..

Abang Faseh dikejut awal hari ini.Klinik dibuka jam 9.00 pagi.Ummi merupakan orang pertama.Namun,doktor datang pada pukul 10.30 pagi.Bosan juga menunggu.Namun....jangan buang masa!Abii bawa buku pelajarannya...Ummi bawa buku pendidikan anak2...ada yang amat terkesan....

"Anak sukar tidur tanpa ibu bapa adalah normal.Ia adalah semulajadi dan akan ditempuh oleh setiap kanak2 dalam usaha mengembang dan memperkukuhkan keyakinan masing2"
-Dr Edward Chan,Konsultan Psikologi.

Ummi berfikir..Kak jannah selalu jer takut kalu tidur tanpa ummi dan abi.Kadang2 dia bermimpi yang menakutkan...dan ummi terbaca ini...

"Mimpi buruk sebenarnya baik untuk kanak2.Ia secara tidak langsung dapat membantunya berhadapan cabaran dalam hidupnya nanti.
-Biasakan memuji dirirnya setelah berjaya mengatasi keketakutannya.
-Yakinkan dia mimoi ngeri yang dialaminya tidak akan menjadi realiti di dunia sebenar.
Biarkan dia sendiri menyelesaikan ketakutan yang dialaminya..."
- Rahsia Anak Cerdas dan Cergas, Pa n Ma.

10.45 pagi...
Ummi orang pertama untuk berjumpa Dr Lina.Alhamdulillah..sejuk jer memandang doktotr nih..Senyuman memang tak lekang dari bibirnya.Kat Jordan nih,setiap kali muroja'ah,mesti dia scan baby kita.start dari bulan pertama lagi.Alhamdulillah,berat badan ummi bertambah dari bulan lepas.Bulan lepas 46 ,bulan ni naik 49 ..3kg naik.

"Hm..congratulation..your baby is BOY"
"Akid ya doktor?( Are u sure)?"
"Yes,i'm very sure...u see this.."
"Alhamdulillah.."

Bertambah lagi hero dalam keluarga kami...Setelah selesai di Lina Halouboni,kami ke makmal..selang 3 bilik dari klinik Dr Lina untuk mengambil ujian darah dan air kencing.Darah diambil dalam kuantiti yang banyak.Kalu di Malaysia..hanya dicucuk dengan jarum yang kecik dan diambil sedikit jer...Lain negara,lain peraturannya..Yerlah di malaysia ,semuanya kerajaan yang tanggung.Kat sini,ubat pun dibeli di farmasi.Dr beri transkrip,kita pergi sendiri ke farmasi.Dan sememangnya farmasi amat banyak di sini.Setiap negara ada kelebihan dan kekurangan masing2...yang penting kita kena bersyukur!

11.30 pagi..
Kami ke pasar untuk membeli barang2 keperluan harian..Ke kedai membeli beras..tuan kedai amat peramah melayan pelanggannya..itu yang menyebabkan abi suka ke kedai ini.Dia beri gula2 kepada abang faseh.

beli nasi mansaf kat sini..

sedapnya faraulah nih....( stoberi)

satu bekas habis kat faseh jer...

12.20...
Sampai jer kat rumah, Faqeh baru turun dari bas sekolahnya.Ceria jer mukanya tengok ummi dan abi.Kami makan nasi mansaf hari nih.Sejenis nasi arab yang dimakan bersama laban(susu).Sedap.

"Faqeh dah makan pizza tadi dengan kawan2 arab faqeh..sedaaap"
"Kan abi dah kata sedap pizza tuh.."
"Faqeh ingatkan tak sedap ..sekarang dah sedap"

1.30 thari...

Kak Jannah balik dengan wajah cerianya..
"Abi..Jannah dapat alamah kamilah ( markah penuh) untuk ujian tadi..Cikgu bagi hadiah stiker".

"Baguslah Jannah...Syathurah.."
"Jannah..jannah nak baby girl ker baby boy...?

"Jannah nak baby girl sebab nanti Jannah ada kawan..Baby boy..buas dan nakal macam faqeh dan faseh"
"Kitaorang suka bb boy kan faseh..nanti boleh ajak main lawan2 dan main bola"..
"Takperlah Jannah..baby boy ni masa kecik2 jer nakal,nanti dah besar dia banyak tolong Jannah nanti.."pujuk ummi...

3.00 petang..

"Ok,sekarang kemas rumah...malam nanti kita pergi rumah acik Nana.."
"Ummi..asyik Jannah jer yang kemas rumah..faqeh faseh asyik main jer..."

"Ummi..acik Nana mana?" tanya faqeh.
"Ala..acik Nana yang marah kita hari tu tuh.."jawab faseh dengan mimik mukanya yang kelakar..
"Acik Nana marah sebab faqeh faseh degil..lain kali jangan degil lagi,baru acik Nana tak marah"...

Acik Nana ni pernah jaga anak2 ummi bersama a akhowat CI ketika ummi dan abi menunaikan haji hari tuh.Kisahnya mereka dimarah sebab main roller blade dalam rumah dan melenyek kaler crayon menggunakan roller balde tersebut.Kalu ummi pun ummi marah...

7.00 mlm..
Acik Amal datang ke rumah ..hendak ke rumah acik Nana...Ummi bawa cekodok pisang dan keropok warna warni...Ada perjumpaan untuk meraikan kemenangan rumah coklat sebenarnya..dan stail makanannya potluck...

Sampai jer rumah acik Nana..ramai akhowat adik2 baru yang ummi tak kenal.Sebelum acara makan2 dimulakan..ada sambutan birthday seorang akhowat..merangkap mak naqibah ummi..

"sanah helawah ya jamilah..sanah helwah ya jamilah..."-Selamat hari lahir wahai yang cantik!..

Semoga panjang umur dimurahkan rezeki..amin!

keropok warna warni..tok ma kirim dari Malaysia..

senyum faqeh...

kek birthday..

antara juadah 'potluck' yang ada..

merah..semuanya merah..sampaikan pipi dan telinga dah merah...

Sesi taaruf dimulakan..Alhamdulillah..ukhuwah ini terlalu indah sebenarnya..Acara makan2 dimulakan.Anak2 ummi suka sangat makan2 dan bermain2.Acik2  pula ramai yang melayan.Nak2 acik Izzati nih..berpeluh2 budak2 ni main.Siap dapat hadiah belon satu sorang dari acik nana...

"Ukhuwah bukan pelangi yg indah hanya sekejap,
Ukhuwah bukan matahari yg menemani setengah hari,
Ukhuwah ialah hati yg melekat & ada dalam jiwa,
dunia ini indah karena ada UKHUWAH yg saling memberi tiada batas."
~ukhwahfillah abadan abada~

9.00 mlm...
Alhamdulillah...sampai di rumah...Anak2 dah mengantuk..Sebelum tidur mesti nak tengok laptop,sebab esok hari cuti,maka boleh tidur lewat..boleh tengok laptop...

SELAMAT MALAM ANAK2 UMMI SEMUA...

0 comments:

Post a Comment