Gigi oh Gigi...

Bismillah Walhamdulillah..
13 Mac 2011.

Hari Ahad yang ceria.Alhamdulillah..Cuaca agak terang hari ini.Namun masih lagi sejuuuuuk.Hari ini Jannah dan Faqeh ke sekolah seperti biasa.Makan nasi hari ini.Tahan sikit perut budak2 nih.Kalu tak,mesti asyik lapar jer.Jannah beli juga makanan arab kat sekolah,sandwich ker,za'tar ker..Kenyanglah juga.Tapi Faqeh ....tak boleh masuk dengan makanan arab nih.Tak sedap katanya..hai..hero ummi sorang nih..

Pagi...
Abi ke maktabah.Study di saat2 akhir sebelum periksa petang nih.Faseh seperti biasa duk sibuk nak tengok upin ipin kat laptop abi...

Tengahari.

Faqeh balik,makan nasi.Ummi buat kari daging hari hari ini.Selepas itu ,Faqeh dan Faseh dihantar ke rumah jiran kami.Ummi ada appoinment di Markaz Sihhi.Appoinment gigi.
hm...bermulalah episodnya....
Sampai jer di sana,abi temankan sekejap,selepas itu,dia ke kelas.Sebelah jer bangunannya.
Ummi menunggu sehingga adik dentist datang.Setelah dicek oleh doktor...
"I'm sorry..student must start new case not another person case..sorry.."
Adoilah....memang kes ummi ni sebenarnya sudah mendapat rawatan di klinik swasta..tapi.....panjang ceritanya...meh kat sini ummi ceritakan kronologinya..(macam panjang jer..boleh buat cerpen nih..aku dan gigi di Jordan..^___^..)


replika gigi di markaz sihhi tekno...



3.11.2010
Ummi ke klinik swasta ini,memandangkan gigi atas sakit dan berdarah bila diberus.Lagipun ummi ingin 'scaling' gigi.Di Malaysia ,ibu2 mengandung memang dikenakan cek gigi.Bayi mendapat kalsium daripada gigi ibu.Ummi berharap sangat gigi baby ummi yang bakal lahir ini kuat dan sihat.
Kami memilih klinik ini kerana ada doktor perempuan,tapi bila sampai..hanya ada suaminya sahaja...Isterinya sudah tidak bekerja lagi.Namun dek kerana keramahan doktor tersebut,abi bersetuju untuk buat rawatan gigi ummi di situ.
Ummi diberitahu bahawa ada 4 batang gigi yang perlukan rawatan..kosnya amatlah maha.Maka, doktor bertanya..berapa batang yang ingin dibuat terlebih dahulu.Setelah berbincang,dan menghitung duit yang ada..kami memilih untuk membuat 2 batang gigi yang kritikal dahulu.Lagipun..kami berfikir perlu segera rawatan memandangkan kami akan menunaikan haji pada minggu hadapan.
Ummi menangis kesakitan ketika digerudi gigi...
'Fikirkan anak dalam perut tu'Abi beri semangat.
Kami dikenakan 65JD= RM 325 semuanya.Perlu murajaah selepas balik dari haji.Kami juga diberi percuma pembersih gigi.Bagus juga doktor nih.Siap suggestkan ubat gigi dan berus gigi yang perlu digunakan.
Balik dari klinik itu,alhamdulillah...gigi ummi ok...

6.1.2011.
Ummi sekali lagi ke klinik tersebut,memandangkan gigi di sebelah bawah pula yang sakit.Ketika sampai,doktor agak kepam kabut..tidak tahu kenapa.Setelah dicek gigi ummi.Dia letak bius,dan ummi ditinggalkan hampir setengah jam.Kebas mulut masa tuh.
Doktor datang jer..terus ditebuk 3 batang sekaligus tanpa bertanya apa2 kepada kami.Proses yang dibuat tidaklah terlalu lama.Ummi dah naik cuak time tuh.Ummi beritahu satu jer yang sakit,dia pergi buat 3 batang sekaligus.
Bayaran yang dikenakan 70JD=RM 350.Hm...sanggup perhabis duit demi anak tersayang.
Setelah pulang 2,3 hari ummi rasakan lubang semakin besar ke3 gigi ummi.Setelah ditanya budak dentist,mereka beritahu ini hanyalah tampalan sementara..yang memerlukan tampalan kekal lagi.
Amat bahaya jika dibiarkan lama..Ya Allah..ujian untuk ummi.
Gigi yang ditebuk itu memang besar lubangnya.Setiap kali makan,memang makanan akan melekat dan terpaksa dikorek untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat.Hm..ujian betul..
Masa tu,ummi abi rasa nak marah jer kat doktor tuh.Nak kembali ke doktor tersebut,pastinya dikenakan bayaran yang lain pulak...
Adik dentist cadangkan ke klinik JUST ,biar budak2 Malizi yang buat.Tapi prosedur agak lama,tapi berbaloi dan free sahaja.Kami bersetuju...

6.2.2011.
Kami ke Markaz Sihhi JUST untuk cek gigi.Namun tersilap informasi..kena datang 7.30 pagi untuk ambil no giliran.Sudahnya kami balik begitu sahaja.


7.2.2011.
Seawal 7.00 pagi kami sudah terpacak di sana untuk mengambil no.Pelik betul...sisitem no diberi secara manual.Orang yang datang awal tidak dapat dikenalpasti..Hanya sekadar bertanya..siapa yang datang awal..semua orang mengaku datang awal.hm..kami dapat no 7,
walaupun kami orang pertama yang datang.
Pukul 9.00 pagi.....
Namun berlapang dada kerana..dah berjanji dengan adik dentisit...terus jer masuk ke bilik rawatan.Agak lama juga pemeriksaan dibuat.Ummi dikehendaki mengambil xray gigi.
Menangis menahan kesakitan kerana dimasukkan alat untuk di xray..gigi bawah yang belakang sekali,memang payah nak dimasukkan alat tersebut.
 Pukul 12.00 tengahari..semuanya selesai..Appoinment dibuat pada minggu2 hadapan.
Ummi menanti dengan penuh kesabaran untuk dibuat rawatan tersebut.

Dan hari ini...13 Mac 2011.

Ummi dan abi ke markaz sihhi dengan harapan boleh dibuat rawatan untuk gigi ummi.
"I'm sorry..student must start new case not another person case..sorry.."
Ummi c&p ayat doktor..Sudahnya ..ummi balik tanpa apa2 rawatan..
Rasa macam nak nangis jer...tapi kena berlapang dada..Pasti ada hikmahnya.Tapi terfikir juga..banyak juga masa telah dihabiskan untuk sampai ke tahap ini...

Sudahlah terpaksa balik sorang2..abi dah start kelas.Rancangnya selepas 1 1/2 jam abi akan datang ambik.Namun kerana tidak mendapat rawatan apa2...ummi beranikan diri naik teksi sorang2..
Takut juga..tapi beranikan diri.Nak jalan kaki..memang tak larat.

Sinnggah di rumah Kak Abida..ambik anak2.Masuk sebentar borak2,hilangkan kegusaran hati yang sedang melanda di hati.Alhamdulillah,dihidangkan air dan kek yang sedap...

Itulah kronologi gigi oh gigi ummi...Panjang dan menyedihkan ker tak?



Petang.
Abi balik makan nasi di rumah.Setelah berbincang..kami mengambil keputusan untuk ke klinik swasta itu kembali..Namun ditemani adik syabab dentist tahun akhir untuk bersama kami menerangkan situasi ini..Ya Allah..mudahkan urusan kami..rancangnya esok atau lusa ingin ke klinik tersebut.Nanti ummi updatekan apa yang terjadi..Doakan ummi yer...
UmmuQusoi ada hantar kuih..ummi tak ingat namanya..bolehlah tahan rasanya..

nasi yang digulung dalam daun..dimasak dengan daging..


sedap tak?ummi saorang jer yang makan.Yang alin..tak lalu makan..^__^


Malam.
Alhamdulillah abi balik dengan wajah yang ceria.Setelah habis imtihan..Abi dapat menjawab dengan tenang dan yakin.Insya Allah..Moga kejayaan sentiasa megiringin suamiku ini.Bahagia tengok suami tersayang gembira dan ceria..
Sudahnya dibeli airkrim kegemaran anak2 ..walaupun malam2 ..dibelinya juga untuk menggembirakan anak2.Alhamdulillah,.anak2 ceria jer...Tidur nanti kena pasang sobah sekejap.Sejuk pulak nanti..

sedapnya ....


Ada beberapa keyword yang dihafaz ummi dan abi...Hanya abi yang tahu maknanya..

"Roy Hanya Ingat Mak Rina"
"Tok Piah Wak Senyap Gi Warung Timah Antar Ubi"

Tak habis2 loghat ganung..Kat Jordan pun dibawa loghatnya..^___^.
Rindu teganung!!!

ok,berjumpa lagi..

0 comments:

Post a Comment