Main di rumah Ummu Qusoi.

Bismillah Walhamdulillah...

6 Mac 2011..
Hari Ahad..Anak2 ummi start sekolah..Agak payah nak kejut..Kak Jannah bangun awal..Faqeh ..setelah dipujuk..bangun dengan agak malas.Dah 2 hari bangun lewat..hari ni start sekolah.
Menu sarapan..telur hancur dan roti untuk Kak Jannah,dan lempeng untuk Faqeh.

Faqeh minta membawa duit lebih hari ini.Tidak mahu ke sekolah kalu tidak diberi duit.Sebelum ini sudah dibawa duit sebanyak 30qirsh (RM1.50) dan meminta ditambah syiling (RM0.50) lagi.Abi beritahu hanya hari ini sahaja diberi tambahan duit,esok tiada lagi.Dia bersetuju dan turun menaiki bas setelah dihon bas pada hari ini .Faqeh,Faqeh...
10.00 pagi..
Abi ke Jamiah.Faseh ...mula2 baca buku sekejap..selepas itu boring...minta dipsangkan laptop.Dia dah makin pandai mengendalikan laptop ummi ni.Mula2 amik laptop,pasangkan wayar,hidupkan suis,dah hidup semuanya..tekan x pada ym,lepas tuh, right click,tekan refresh dahulu..then f5 sebanyak 3,4 kali..Tangan dia lincah jer menekan semua itu..Laptop ummi tak menggunakan mouse.Selepas selesai semuanya..barulah dibuka games ataupun video kegemarannya..budak2 zaman sekarang sudah canggih kan...Moga2 anak ummi ni jadi anak soleh yer..nak jadi dentist sebenarnya...tapi gigipun takder sekarang nih...^__^

1.00 thari.
Menu thari ini..tomyam putih ayam dan goreng sambal terung.Anak2 makan tomyam putih ayam dengan berselera sekali.Alhamdulillah.Ummu Qusoi ada datang menghantar kain untuk dijahit dan bertanyakan baju jubah yang diminta jahit dibawahnya.Insya Allah..petang ini ummi siapkan.Dia juga memaklumkan jiran kami..Ummu Radhi sakit cancer otak.Insya Allah..rancangnya esok kami akan menziarahi dia.
Ummi menjahit baju Ummu Radhi tersebut,dan hajatnya ingin dihantar terus petang ini kepada Ummu Qusoi.



inilah mesin jahit ummi..SINGER lagi tuh..
4.00 petang.
Setelah asar,ummi dan anak2 ke rumah Ummu Qusoi.Alhamdulillah ramai jiran kami berkumpul di sini.Hari ini juga agak panas.Dan sekarang sudah mula memasuki musim bunga...Dan menjadi kebiasaan kaum2 ibu di sini..akan bersantai pada waktu petang di rumah kawan2..sambil bertanyakan khabar masing2...

Insya Allah...selepas ini,Ummu Qusoi mengharapkan ummi dan dia dapat belajar bersama2.Dia nak belajar bahasa melayu,ummi pula ingin belajar bahasa arab.Kelebihan Ummu Qusoi ni dia pandai berbahasa english.Memudahkan urusan kami sebenarnya.Kebanyakan yang menyewa di bangunan kami merupakan pelajar Jordan University Science Technology (JUST) sama ada medic mahupun dentist.Yang kebanyakan mereka mahir berbahasa English.

Ummi menggunakan 2 bahasa..bahasa english dan arab bila berurusan dengan Ummu Qusoi.Namun ummi sangat berharap sangat dapat berbahasa arab dengan baik sebelum balik ke Malaysia nanti.Ya Allah,mudahkan urusan dan niat ummi ini..amin!

Kaum2 ibu berborak,manakala anak2 kami bermain di tepi rumah UmmuQusoi.Cuaca tak berapa sejuk dan tak berapa panas.Namun Faqeh beberapa kali asyik terbatuk,namun disebabkan sudah lama tak bermain...meneruskan bermain tanpa menghiraukan batuknya...

Tiba2..
"Ummi,Aus pukul Faqeh"..
Faqeh tak menangis,sekadar mengesat matanya.Budak arab kalu main mesti ganas.Kena bersabar yer.Tapi kalu tak sabar,balas jer balik.
"Nanti,mak dia marah kat Faqeh"
"Biarlah dia budak kecik lagi.."
Macam2 karenah budak2 nih.
Afnan dan abangnya datang bermain di sini.Mereka tinggal berjiran dengan kami.Afnan merupakan kawan Faqeh.Ayahnya juga pelajar PhD di sini.

Kami dihidangkan secawan kecil kopi.Dan kuih sabaneh.sedap.
Hampir maghrib,ummi meminta diri.Budaya arab di sini..mereka akan berborak sehingga malam.Dan mungkin menunaikan solat maghrib di rumah jiran mereka.Wallahu a'lam.
Yang pastinya..budaya kita..maghrib,segera balik ke rumah.Ummu Qusoi bertanya kenapa perlu balik awal..Ummi beritahulah maghrib dah dekat dan sudah tiba waktu makan anak2 ummi nih..

"Ummi,kenapa budak arab main lagi walaupun dah maghrib?"
"Hm..tak elok main waktu maghrib,bahaya.."


Subhanallah..indah awan.
Hobi ummi sekarang...memandang langit dan memerhatikan awan2 yang indah ini.

Kak Jannah dan Faseh.Faqeh pakai baju berlapis2 tuh.Tapi sekejap jer...


Lepas tuh buang baju yang kat luar.Tinggal baju dalam jer..
Senyuman di atas pagar rumah Ummu Qusoi.
Pokokpun masih belum tumbuh daun lagi.Tinggal ranting2 sahaja.


 Kak Jannah dan Miraan..


 Inilah Afnan..kawan Faqeh.


Aus, Jannah dan Faqeh...Seronoknya main bola...

Aus yang sudah kemerah2an pipinya..

Kuih sabaneh( bayam)..diberi oleh Ummu Qusoi.
Inti dalamnya menggunakan sabaneh diperah asam limau..sedap!


Malam...

"Ummi,Jannah nak kemaslah rumah yang bersepah2 nih,Jannah suka kemas rumah".
Pulak..sebelum ni asyik merungut yang dia kena selalu kemas rumah.Yang 2 orang lagi asyik main jer.Hari ini ..ummi tak suruhlah Kak Jannah kemas,memandangkan musabaqoh (pertandingan) menghafaz hadis sudah dekat.
Tup2..malam ni,dia sendiri yang menawarkan diri untuk mengemas rumah.Macam2 kak jannah nih.Mungkin dah terbiasa disuruh mengemas rumah,maka jadi pelik kalau sehari tidak mengemas rumah.Jannah!Jannah..
Jannah tak sampai hati tengok berterabur buku2,lalu mengemas,tanpa disuruh.
Alhamdulillah,bagus Kak Jannah.Yang tukang menyepahnya 2 hero tuh.
Tapi..akhirnya sama2 kemaskan buku2 ini..

Dan sekarang 11.45 malam..
Faqeh tidak selesa tidurnya..asyik batuk2.Sudah lama terlena..namun batuknya mengganggu lena tidurnya..Ummi sudah sapukan minyak panas di dadanya..Mungkin disebababkan bermain petang tadi...Dia meminta air tadi,dahaga di tengah malam..tidak lena tidurnya..Insya Allah..harapnya esok segera sembuh dan ke sekolah seperti biasa yer Faqeh...amin..

Ummi sudah mengantuk...perlu tidur sekarang.
Perlu bangun awal esok,subuh sudah awal sekarang.
selamat malam....

0 comments:

Post a Comment