Belajar kena susah!

BIsmillah walhamdulillah..

10 Mac 2011..

Hari Khamis yang dimulai dengan hujan yang mencurah2..Suasana memang sejuk tahap maksima..Pada mulanya anak2 kami tidak benarkan le sekolah,memandangkan suasana amatlah sejuk..tapi Jannah ingin sangaat ke sekolah..Faqehpun dipujuknya untuk ke sekolah..FAqeh mengamuk ...tidak mahu pakai bahu sejuk yang tebal...akhirnya dalam keadaan menangis naik bas...Faqeh2...

9.00 pagi.
Hajatnya abi mahu ke maktabah untuk study.Namun membatalkan hasratnya..memandangkan hujan dan suasana yang amat2 sejuk..dan gelap..anginpun amatlah kuatnya.Akhirnya abi hanya study di rumah.Bertemankan sobah.Kalu diikutkan hati dan mata..memang layan tidur lagi sedap.Duduk dalam hirom(selimut tebal)..huish...mahu satu hari jer tidur...

Tapi tak boleh diikutkan sangat perasaan tersebut...
'Belajar ni memang kena payah dahulu..senang kemudian.'
'Mana ada belajar senang...Kena bersusah dan berusaha banyak2...'

Dan pengalaman abi sendiri pada semester pertama..penuh dengan kesusahan dan kepayahan..
'Semester pertama..semester air mata..
semester 2....alhamdulillah..bertambah ok..tapi stay merangka2 mengatur strategi..
dan semester 3 dan 4..alhamdulillah..strategi diatur ,masa dibahagi dengan elok..bertambah ok..''

Belajar memang memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.Azampun kena kuat..tak mudah kalah..
Pengalaman belajar di negara orang...penuh dengan onak duri,airmata sengsara...
Namun..insya Allah kepayahan ini akan berbaloi dan hanya bersifat sementara..
Bersabarlah dan teruslah berusaha wahai para penuntut ilmu di dataran syam ini..
Bumi ini bumi penuh berkat,bumi para anbiya'..
Yakinlah Allah tidak akan sia2kan usaha dan doa dari orang yang bersungguh2..

Semoga ilmu2 yang dikutip di bumi yang penuh berkat ini membawa pulangan dan bonus yang besar di ahirat kelak, amin..Bersesuaian dengan firman Allah..


 









Ar-Rad [13:35]  Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertakwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah Neraka.

Jangan diharapkan ganjaran di dunia semata2..









Hud [11:15]  Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.

Yang penting di akhirat sana...insya Allah..









Al-Isra [17:19]  Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.


belajar memang perit...


perlukan kesabaran dan semangat yang tinggi..


sobah dipasang untuk menghilangkan sejuk...


rujukan english dan arab..kena rajin membaca...


10.00pagi.
Abang Faseh pula sibuk bermain dengan keretanya.Ummi menyiapkan baju UmmuQusoi.Alhamdulillah,semuanya sudah siap.
Hari ini hujan dan gelap cuacanya.Sobah dipasang sepanjang hari.
Di Amman sudah turun salji..Seronoknya..namun sekejap sahaja katanya..
Insya Alla..kalu ada rezeki,adalah peluang kami main salji..
Kalu takder..insya Allah,tahun depan masih ada lagi peluangnya..






masih tak menjadi buat peace..



main sorang2..


Petang..
Hari ini ,anak2 ummi pulang awal.Memang budaya arab nih,kalu suasana sejuk sangat, mereka tidak benarkan anaknya ke sekolah.Kelas Kak Jannah hanya 4/15 jer yang datang.

Masih hujan dan sejuknya memang amat sejuk...Basuh pinggan dan baju menggunakan air suam.Kalu tak memang beku tangan dibuatnya...Anak2 bermain di dalam rumah sahaja..

Malam..
Kak Jannah menghafaz hadith.Faqeh baca Iqro.Malam ni anak2 ummi tidur awal,
memandangkan suasana amatlah sejuk...

Selamat tidur dalam kesejukan!..

0 comments:

Post a Comment