Alhamdulillah...

Bismillah Wwalhamdulillah..

Hari ini 23 Mac 2011.
Hujan di pagih ari.Sudah 3 hari ummi tak update blog ini.Terlalu letih dan tidak larat untuk membuat sebarang kerja sebenarnya...

Alhamdulillah pagi ini mendapat kekuatan sedikit untuk menaip di sini...

20.3.11
Ahad yang lalu setelah pulang dari rumah Zayyani..ummi terus jer tertidur keletihan yang amat sangat.Tidak tahu mengapa...

21.3.11
Isnin yang memang penat.Berjajnji dengan Kak Aizah dan Kak Abida untuk ke rumah Zay lagi sekali untuk memandikan baby..namun ummi nak buka matapun tak larat.Allahhu Akbar..satu badan lenguh..Kak Aizah pula ada hal..maka kami cancel pergi ke rumah Zay Isnin lepas.Ummi menggunting barut baby dan alas periuk ummmuqusoi.Tapi tak sempat nak jahit lagi.

22.3.11.
Selasa..iaitu hari semalam.Alhamdulillah..agak kuat sikit hari ini.Kami bertiga ke rumah Zay.Kak Aizah urut Zay..kami pula menyiap2kan baby Faris.Sambil2 memberi petua untuk ibu muda yang baru belajar menjadi ibu.Mengajar teknik  menyusu dengan betul,mengurut baby dan membendung baby.Kami jadi tok bidan,ibu dan juga jururawat.Di sini tiada jururawat yang membimbing dan memantau keadaan kita lepas bersalin di rumah.
Harapkan kawan2 dan orang yang lebih tua lah yang membantu.

Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..mesti seronok duduk di negara sendiri..Namun.. di sini ..bumi berkat,bumi anbiya'..hati perlu cekal dan tabah.Untuk melahirkan anak yang kuat jasmani dan rihani..ibunya juga perlu kuat!!!Motivasi untuk ummi juga sebenarnya..ramai dah kawan2 ummi yang bersalin di sini..Nanti giliran ummi pula..
Ya Allah ..mudahkan urusan kami ..amin!

Petangnya..ummi jahit alas periuk ummuqusoi dan juga barut baby ummi.Tak pernah2 ummi jahit.Sebelum ni harapkan tokma jer yang jahit.Ummi pula sibuk bekerja.
Tapi di sini..alhamdulillah..ada masa..ada mesin jahit, ada kain..ummi try jer buat.Contoh yang tokma jahiat ada jer.Seronok jer tengok bila dah siap.^___^..tak sabar nak tunggu babt ummi pakai nanti.


Malamnya...
Tidur agak awal...setelah mengemas2 rumah...
ummi cuba upload gambar2 dalam blog ummi..tak boleh dah...katanya space untuk gambar dah terlalu banyak..hm..macamana yer..dalam proses nak buat akaun blogger baru nih..tapi tak tahu lg macamana...Pasti ada hikmahnya yang tersurat dan tersirat nih.

Dan pagi ini..23.3.11..jam 8.30 pagi..hujan renyai2 .Tak berapa lebat,tapi sejuk jugalah.Abang Faseh bangun awal hari nih..Tengah tengok tv.Seronok sangat...sambil makan lempeng cicah gula.Kegemaran dialah tuh...

Oklah..ummi nak basuh stok baju2.Abi kejap lagi balik dari balad.Ada masa ..ummi sambung lagi..Doakan ummi yer...amin!


0 comments:

Post a Comment