Pindah ke blog baru!

Bismillah Walhamdulillah..

Hari ini dengan rasminya blog ini di tukar ke address yang baru..

sila klik sini... 

ini adalah disebabkan kapasiti blog ini sudah penuh.Jadi terpaksa berpindah ke alamat yang baru.Kesulitan amat dikesali...

Sekian,terimakasih.

Category: 0 comments

Alhamdulillah...

Bismillah Wwalhamdulillah..

Hari ini 23 Mac 2011.
Hujan di pagih ari.Sudah 3 hari ummi tak update blog ini.Terlalu letih dan tidak larat untuk membuat sebarang kerja sebenarnya...

Alhamdulillah pagi ini mendapat kekuatan sedikit untuk menaip di sini...

20.3.11
Ahad yang lalu setelah pulang dari rumah Zayyani..ummi terus jer tertidur keletihan yang amat sangat.Tidak tahu mengapa...

21.3.11
Isnin yang memang penat.Berjajnji dengan Kak Aizah dan Kak Abida untuk ke rumah Zay lagi sekali untuk memandikan baby..namun ummi nak buka matapun tak larat.Allahhu Akbar..satu badan lenguh..Kak Aizah pula ada hal..maka kami cancel pergi ke rumah Zay Isnin lepas.Ummi menggunting barut baby dan alas periuk ummmuqusoi.Tapi tak sempat nak jahit lagi.

22.3.11.
Selasa..iaitu hari semalam.Alhamdulillah..agak kuat sikit hari ini.Kami bertiga ke rumah Zay.Kak Aizah urut Zay..kami pula menyiap2kan baby Faris.Sambil2 memberi petua untuk ibu muda yang baru belajar menjadi ibu.Mengajar teknik  menyusu dengan betul,mengurut baby dan membendung baby.Kami jadi tok bidan,ibu dan juga jururawat.Di sini tiada jururawat yang membimbing dan memantau keadaan kita lepas bersalin di rumah.
Harapkan kawan2 dan orang yang lebih tua lah yang membantu.

Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..mesti seronok duduk di negara sendiri..Namun.. di sini ..bumi berkat,bumi anbiya'..hati perlu cekal dan tabah.Untuk melahirkan anak yang kuat jasmani dan rihani..ibunya juga perlu kuat!!!Motivasi untuk ummi juga sebenarnya..ramai dah kawan2 ummi yang bersalin di sini..Nanti giliran ummi pula..
Ya Allah ..mudahkan urusan kami ..amin!

Petangnya..ummi jahit alas periuk ummuqusoi dan juga barut baby ummi.Tak pernah2 ummi jahit.Sebelum ni harapkan tokma jer yang jahit.Ummi pula sibuk bekerja.
Tapi di sini..alhamdulillah..ada masa..ada mesin jahit, ada kain..ummi try jer buat.Contoh yang tokma jahiat ada jer.Seronok jer tengok bila dah siap.^___^..tak sabar nak tunggu babt ummi pakai nanti.


Malamnya...
Tidur agak awal...setelah mengemas2 rumah...
ummi cuba upload gambar2 dalam blog ummi..tak boleh dah...katanya space untuk gambar dah terlalu banyak..hm..macamana yer..dalam proses nak buat akaun blogger baru nih..tapi tak tahu lg macamana...Pasti ada hikmahnya yang tersurat dan tersirat nih.

Dan pagi ini..23.3.11..jam 8.30 pagi..hujan renyai2 .Tak berapa lebat,tapi sejuk jugalah.Abang Faseh bangun awal hari nih..Tengah tengok tv.Seronok sangat...sambil makan lempeng cicah gula.Kegemaran dialah tuh...

Oklah..ummi nak basuh stok baju2.Abi kejap lagi balik dari balad.Ada masa ..ummi sambung lagi..Doakan ummi yer...amin!


Teori dan Pengalaman.

Bismillah Walhamdulillah..

20 Mac 2011.

Hari Ahad yang cerah,Alhamdulillah.Anak2 ke sekolah tanpa memakai baju yang agak tebal.Faqeh pada mulanya tidak mahu ke sekolah.Mengamtuk katanya.Semalam tidur lewat.Namun,alhamdulillah setelah dipujuk abi...dia mahu ke sekolah.

10.00 pagi.
Ummi dan Kak Aizah ke rumah Zayyani.Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami di sana.Kak Aizah mengurut Zay,sementara ummi merapikan Faris,si baby yang comel itu.Mula2 rasa macam kekok jer..yerlah dah lama tak pegang baby kecik nih.Namun,alhamdulillah..rasa seronok dan tak sabar pula untuk memegang baby sendiri...

'Terimakasih banyak akak2 datang bantu saya'
'Tak menjadi masalah,kita hidup di perantauan nih,jauh dari mak ayah kena saling bantu membantu.Mungkin hari ni hari orang lain,esok lusa hari kita pula'.

Kami berkongsi serba sedikit pengalaman yang ada untuk memberi semangat kepada Zay yang melahirkan anak sulung.Zay merupakan bekas pelajar bidang kedoktoran,yang mana balik ke Malaysia nanti..dia akan bertugas sebagai seorang doktor di hospital kerajaan.

'Kak,walaupun banyak yang dipelajari dalam bidang kedoktoran,namun pengalaman dari orang lama amat penting dan membantu sebenarnya..Teori dan pengalaman berbeza.Kedua2nya diperlukan dalam melayari kehidupan ini..'



2.00 petang.
Kami balik ke rumah masing2.Anak2 ummi ditumpangkan di rumah Kak Abida.Alhamdulillah,jiran yang sangat baik hati.Tolong tumpangkan faqeh dan jannah.Anak2 ummi balik dah kenyang katanya.Alhamdulillah..inilah ukhuwah kami yang terjalin hidup di perantauan ini.Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Ya Allah..eratkanlah ukhuwah antara kami semua,amin!

Anak2 menonton tv yang setelah lama tv rosak.Ummi amat penat,tak larat nak melayan karenah anak2 ummi nih.

Malam.
Tidur awal semuanya.Cuaca agak sejuk.Hujan turun .
Siang tadi cuaca agak panas.Subhanallah..aturan alam sungguh unik sekali.
Selamat malam ..

...seperti biasa..gambar dalam proses..tak upload dalam laptop lagi.dah ngantuk nih...
tak boleh dah upload gambar..katanya terlebih kapasiti..sedihnyer..




Baby Made in Jordan!

Bismilllah Walhamdulillah..

19 Mac 2011.

Hari Sabtu yang terang.Anak2 bangun agak lambat hari ini.Semalam penat balik dari Amman belum hilang.Alhamdulillah..bersarapan jemput2 pagi ini.Mengemas rumah dan membasuh stok baju.Hari yang agak terang.matahari memancar dengan bagus sekali...

Petang.
Kawan abi datang baiki receiver tv kami.Alhamdulillah dah elok.Cuma signal tak berapa kuat lagi.Adamasa nanti abi kena adjust kat sutuh(bumbung) pulak.
Syabab depan rumah kami beri kuh karipap.Sedap.Pandai mereka masak.Dan sebenarnya dengar cerita dulu,karipap mereka ni dijual.Memang pandai mencari ruang perniagaan di sini.
Kak Aizah juga ada beri kek.Hari lahir Khaulah,anak sulung dia hari ni.
Selamat hari lahir yer Khaulah ..Mg jadi anak solehah..bahagiakan kedua ibubapa di dunia dan akhirat,amin!

karipap yang sedap!

inti diapun sedap,pandai tul syabab ni masak.

sungguh menyelerakan..terimakasih kak aizah!


Malam.
Kami dapat jemputan akikah dari sahabat kami.Dr Amir dan Dr Zayyani.Usia anaknya dah seminggu hari ini.Abi diminta untuk mencukur kepala anak mereka,Faris.
Alhamdulillah..selesai sekadarnya.Nanti usianya sebulan lebih,baru dilicinkan lagi.
Kepala terlalu lembut lagi masa sekarang.
Alhamdulillah..berkongsi pengalaman dengan Zay.Mendengar pengalaman bersalin di sini .

Ya Allah..mudahkan urusan ummi melahirkan permata ummi di bumi yang penuh barakah ini.Inilah mujahid yang bakal memakmurkan bumi ini,amin.Moga dengan keberkatan dataran syam ini..proses bersalin dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah..amin.

Dan mendengar pengalaman Zay yang 14 jam bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ini,akhirnya dipermudahkan Allah..dapat bersalin normal.Allahu Akbar..semuanya kuasa Allah Yang Maha Besar.Segala aturan kejadiannya terdapat 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat.Mengikut perancangannya,Keluarga Zay akan datang dari Malaysia,namun ada masalah yang tidak dapat dielakkan.Insya Alllah..ramai jer kawan2 yang datang membantu.

Insya Allah,esok ummi dan Kak Aizah,merancang untuk datang membantu apa2 yang patut.Yelah anak sulung,lahir pulak di perantauan..memang harapkan sahabiah2 yang membantu.Ini mungkin masa orang lain,mungkin esok lusa ,masa kita pula.Siapa tahu.Yang penting kita ikhlas tolong menolong antara satu sama lain.Insya Allah,ganjaran daripada Allah pastinya ada.Tidak di dunia,di akhirat sana pastinya ada.insya Allah...

Balik dari rumah mereka agak lewat.Kami memilih untuk naik teksi.Alhamdulillah..sampai jer,amak terus tertidur,keletihan yang amat sangat.


alhamdulillah..Faris dicukur oleh abi,,,

kepalanya agak lembut..kena berhati2..

berpeluh2 abi membotakkan kepala si Faris..

Ok,selamat malam semua..Esok kena bangun awal,nak ke sekolah pula.

..gambar seperti biasa ,dalam proses..nanti dah setel,ummi upload yer...
Alhamdulillah ..dah upload..

Nasi Dagang Yana!!!!

18 Mac 2011.

Pagi Jumaat yang penuh barakah.Anak2 dikejut bangun awal.Insya Allah kami akan bertolak ke Amman  pagi ini bersama keluarga Ust Ahmad.Kami sewa van Abu Seif untuk ke sana.
sedang menunggu abu seif.

sempat lagi Faseh posing ..

subhanallah..pokok di rumah abu seif.

taman mini di depan rumah abu seif.ni pokok inab(anggur).

10.00 pagi.
Alhamdulillah sampai di Sweileh.Kami ke rumah Ust Syed dahulu.Seronok dapat jumpa Kak Pah.Hm..tahniah yer Kak Pah...Bulan 11 tahun ni menambah lagi seorang ahli Sweileh.Sekarang tengah alahan..loya2 tekak.Sabarlah Kak Pah.Apapun,terimakasih jamu kami dengan mee goreng yang sedap.Tak sempat lak nak snap gambar...^__^.


11.30 thari.
Naik ke tingkata atas,imarah yang sama.Ke rumah Kak LIza.Tengok Maryam!!!Ya Allah..geramnya tengok..comel dan chubby.Usianya dah nak masuk sebulan.Bersalin 21.2  yang lepas.Alhamdulillah..ada rezeki kami sampai datang melihat baby comel nih.Tengok Kak Liza,kemain cergasnya buat kerja rumah.Tak gaya orang bersalinpun.Kena belajar dan menuntut ilmu nih..

Ini merupakan anak ke 5 Kak Liza.Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan Allah urusan bersalin.Bersalin di Hospital Isra' di Amman nih.Baby made in Jordan nih..YA Allah..mudahkan juga urusan ummi melahirkan permata hati di bumi yang penuh barakah ini.Mencari pengalaman dan motivasi kekuatan untuk bersalin nanti.Ya Allah mudahkan kami ...

Maryam yang comel...

sentuhan penuh kasih sayang!

merengek ..cari ibunya..

dapat apa tuh?geram tengok tangan comel nih...

Aishah dan umminya..

Kak Jannah dengan doll nya..suka sangat dapat main.

dalam perjalanan ke rumah Yana nih..

bunga depan imarah Yana.Subhanallah!

1.00 thari.
Selepas solat Zuhur kami ke rumah Yana pula.Nasi dagang!!!!! Alhamdulillah..tercapai juga hasratnya..Terimakasih banyak2 Yana..Jasamu memang dikenang.Inilah lumrah kehidupan di perantauan..Nak beli,takder.Nak buat..tak berapa reti..Kenalah minta tolong kawan2 yang dah expert tolong buatkan..Nanti nak try buat sendiri.Ikan payah nak cari kat Irbid nih.Takper..nnt kita beli di Amman,buat balik ke Irbid.

hidangan yang menyelerakan..

nasi dagang ganung ning!made from Jordan...

jemput makan semua!

Bulatnya mata Izzah Ashwaq..anak yana.

merenung masa depan...

Aishah,Izzah dan ummi..
subhanallah..cantiknya bunga..

dalam perjalanan ke rumah ust Anhar.


 kak Jannah suka sangat pegang baby girl nih..

Seterusnya kami ke rumah Ust Anhar.Menjamu selera di sana pula.Alhamdulillah..

PUlang ke Irbid dalam keadaan letih.Alhamdulillah sampai selepas Isyak.Tidur dalam keletihan..Selamata Malam..

..gambar tak sempat nak upload lagi..nak buat sarapan jap...
Alhamdulillah..dah upload..banyaknya gambar kat entri nih...layan jerlah yer..

Mencari Hikmah DariNYa..

Bismillah Walhamdulillah..

17 Mac 2011.
Hari Khamis yang indah.Alhamdulillah,anak ke sekolah seperti biasa.Faqeh 2,3 hari ni minta duit lebih.Tak tahu nak beli apa.Bila tak diberi,mengamuk pulak.Geram ummi dibuatnya.Mujur abi ada untuk menenangkan keadaan.Kalu tidak,memang tak pergi sekolah budak nih.Sabar jerlah nak melayan karenah si anak teruna sorang nih.Hari ni Kak Jannah pergi rehlah.Jadi duit lebih diberi kepada Kak Jannah..itu yang buat dia jeles sebenarnya.Hm..macam2...

Tengahari.
Ke Balad...
 Singgah makan wajbah arabi (hidangan arab) dulu.
Abang Faseh suka sangat makan syawarmanya..

wajbah arabi..


halawiyah yang dijual.

tengah menunggu doktor..Abi dan Imran..

dari sebalik pintu..



Tujuan sebenarnya untuk ke klinik swasta gigi .Ingat tak entri mengenai Gigi oh Gigi.Kami ke sana dengan ditemani Imran ( student dentist tahun akhir di JUST).Risau juga sekiranya dikenakan bayaran lagi setelah dibayar mengikut harga tampalan kekal..tapi yang dibuatnya sekadar tampalan gigi sementara.

Setelah sampai di klinik tersebut,alhamdulillah..dr ada.Dia ada patient lain,namun dia keluar sebentar.Dan tengok gigi ummi sebentar.Dan dia cakap dia akan buat tampalan kekal di gigi ummi hari ini.ALHAMDULILLAH...lega ummi mendengarnya..

Setelah masuk ke dalam bilik rawatan.Dia minta maaf..sepatutnya dia tulis dan minta ummi datang lagi sekali untuk buat tampalan kekal.Tapi kami tidak dimaklumkan untuk datang sekali lagi.Dan sebenarnya harga yang dikenakan kepada kami itu adalah untuk 2 kali rawatan.

Hm.....terlalu banyak hikmah dariNya yang perlu disingkap..Bermula dari episod ke klinik tersebut..dan beberapa kali ke klinik JUST..selama lebih kurang 2  bulan lebih kami berprasangka terhadap doktor ini..dan kami ke klinik JUST buat appoinment dengan adik2 JUST..macam2 pengalaman dilalui....terdapat 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat dari Yang Maha Esa...
Ya Allah.ampuni kami ..

Imran berborak dengan doktor yang merawat ummi.Rupanya isterinya merupakan pensayarah di JUST. Alhamdulillah..gigi ummi selesai ditampal dengan eloknya.....
Ya Allah..jauhkan kami dari berprasangka tidak elok dengan ketentuanMu..
Alhamdulillah..kami berlapang dada sekarang.Gigi ummi juga dah ok..dan tiada lagi lubang yang besar.Alhamdulillah..benarlah kita akan menghargai sesuatu nikmat..sekiranya nikmat tersebut hilang..dan akhirnya kembali semula..Allahu Akbar!!!!.

aiskrim dan slurpee diminum oleh Faseh nih.Panas katanya.

sudahnya..malam tersebut demam.Alhamdulillah,sekejap jer panasnya..

Petang.
Keletihan yang amat sangat.Selepas ke klinik,kami membeli barang2 keperluan dapur di balad.Alhamdulillah..selesai semuanya.

antara coklat yang dibeli untuk anak2..

Malam.
Abang Faseh demam.Panas badannya.Ummi jeram kepalanya dengan air asam jawa,alhamdulillah..kebah terus malamnya..Syukur sangat2..
Anak2 disuruh tidur awal,walaupun esok cuti.
Memandangkan esok kami akan ke Amman untuk menziarahi baby baru di sana,
sambil mengeratkan ukhuwah dan..
..sambil menikmati nasi dagang !!!!Sedapnya..
Ummi tidur termimpi2 dah nasi dagang nih..
Ya Allah permudahkan urusan kami esok..amin!


( gambar jap lagi nak upload..tak habis edit lagi ...nak gi masak sarapan jap..)
dah siap upload.setelah 2 hari tertangguh..lambat pulak loadingnya...
alhamdulillah..selesai!

Bertuah punya budak..


Bismillah Walhamdulillah..

16 Mac 2011.
Hari Rabu yang cerah.Agak panas hari ini.Anak2 ke sekolah seperti biasa.Makan mee sup daging batoto hari ini.

'Siapa punya kerja nih?habis air jadi biru nih?'
Ummi meluru ke arah abi.Melihat satu tong air kami bertukar menjadi biru.Setelah diperiksa rupanya ada tangan yang memasukkan kaler warna biru dalam tong tersebut.Tong tersebut merupakan air munim dan untuk memasak kami.Di Jordan,airnya tidak berapa bersih untuk diminum.Jadi terpaksa beli air dari Yarmouk Moyea nih.Setong beharga JD .

'Bertuah punya budak...dah puas main kaler2 buku,air dalam tong ni pun nak dikalernya'...

air yang hujung sekali ..cantik jer warnanya..

mentang2lah tak der air laut warna biru kat sini..satu tong dikalernya biru.Bagi nampak tangan jer..cuba teka tangan saper nih..Adakah tangan ini punya kerja?hm..


Beberapa hari yang lepas begini keadaan penyidai baju ummi.



Habis terbalik baju2...


itupun setelah dikorbankan senduk ummi.Habis patah.
Sudahnya hari ini ,abi betulkan penyidai dengan meletakkan besi yang agak kuat.Inipun merupakan batang penyapu yang telah dipatahkan budak2 nih beberapa bulan yang lepas.Ummi simpan batang ni ,tak bagi budak2 ni main.Alhamdulillah,berguna juga batang ni pada hari ni.
Itulah kita tidak tahu kegunaan sesuatu benda..ummi ni suka sangat simpan barang2 yang dirasakan berguna..abi pulak lain..^___^.

'Bertuah sungguh budak2 nih..Main macam2..penyidai baju nipun nak dibuat mainnya'..
Sebenarnya Faqeh dan Faseh yang suka sangat main kat bawah penyidai nih.Main keretapi katanya.Pastu bosan2..dia tarik kuat baju.Dan semalam Faqeh tengok luar tingkap sambil berpegang kuat pada penyidai nih.Dan akhirnya..robohlah.
Harga menda alah ni JD15=RM 75.Mahal nak beli tuh.Sudahnya abi perbaiki dulu..

alhamdulillah..harapnya kukuhlah ...


Petang.
Faqeh balik..main puzzle dengan Faseh.Dia marah Faseh main sekali.
'Faseh tak pandai main..biar Faqeh jer yang main...'
Sudahnya..Faseh mrmbina rumah baqorah-lembu dia..Bawa dirilah katakan..


kita cari yang tepi2 dulu..
Faseh dengan rumah baqorahnya..

Baqorah tengah lena tidur dalam rumahnya..^___^.
Kak Jannah balik...dengan wajah yang ceria..
'Ummi..Jannah dapat alamah kamilah(markah penuh)..alhamdulillah.Esok Jannah ada rehlah ke taman bunga..nak bawa bekal esok'.
Alhamdulillah....sejuk perut ummi tengok...Moga jadi pelajar cemerlang dunia akhirat,amin!
alhamdulillah..
Memang bertuah punya budak...alhamdulillah..



Petang..

Ummi duk sibuk mencari resepi kat fb kawan2 seangkatan Jordan nih..
Mohon izni yer Kak Aizah dan Kak Abida..
(Dah letak gambar2 ni baru nak bag mesej ..ampun!tapi suka sangat tgk bnyk2 koleksi resepi nih..ummi tak seterer cef2 ni memasak..nak kena belajar jugak nih!)

anak2 lak duk sibuk tengok upin ipin...











kami share laptop..separuh upin ipin,separuh lagi blog ummi.jimat!



Setelah mendapat resepi dari Kak Aizah,di FB dia..ummi try buat Kek Marble Cheese..
Terimakasih banyak2 Kak Aizah..senang dan sedap resepi nih..


Alhamdulillah sedap..tapi tak berapa menjadi marble dia..
Tengok Kak Aizah dan Kak Abida buat marbel dia jadi cantik jer..
tak blh jadi nih..kena cuba try test lagi nih..
Tapi..pertama kali buat guna cheese..memang sedap..licin anak2 makan..
Abi dan ummi suka jugak..
Nanti kena try buat lagi..kita layan gambar dulu ..



sebelum dikukus.


ditambah dengan coklat cips..
kak jannah tak sabar nak makan..
dari atas nampak jer marble dia...
You are welcome...And remember..I Love You..
dari tepi..tak berapa menjadi marblenya,,,
tapi..anak2 belasah jer..






ini yang terbaru ummi snap petang tadi.Semua pokok dah tiada.

Malam..


Kak Jannah mengulang hadith.Faqeh membaca quran.Tidur awal malam nih..

Nanti ummi sambung lagi yer..nak masak jap..